SELAMAT KEMBALI BERTUGAS BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2010

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2010

TARIAN TRADISIONAL

Monday, November 16, 2009

Ini adalah antara sedutan aktiviti murid-murid Tahun 6 selepas UPSR yang telah dirancang khas untuk mengisi ruang masa murid selain dari berhadapan dengan rutin harian di sekolah.


Masing-masing menunjukkan bakat.

0 comments:

Post a Comment

Berita Pendidikan Terkini

Memperkasa BI Tahun 1-Kurikulum 'fun learning' diperkenal 2011 mantap penguasaan murid

JERTIH: Kerajaan akan memperkenalkan kurikulum baru bahasa Inggeris kepada murid Tahun Satu mulai tahun depan dalam usaha memperkasakan penguasaan bahasa itu di kalangan murid di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, melalui kurikulum baru itu, murid sekolah akan mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris yang lebih menarik dengan pendekatan sesuai yang memberi penekanan terhadap aspek penguasaan bertutur dan menulis dalam bahasa itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kurikulum baru itu sudah siap diteliti dan satu projek perintis yang dijalankan menggunakan pendekatannya menunjukkan hasil yang sangat baik.

"Kita mahu melihat anak-anak kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi melalui pendekatan yang lebih sesuai ini.

"Perubahan pada bentuk atau formula yang ringkas seperti 'language art' atau komponen tatabahasa, tetapi dibuat secara 'fun learning' dan bertutur menggunakan nahu betul supaya kita kuasai bahasa Inggeris British yang standard," katanya.

Untuk itu, katanya, kerajaan akan mengambil 365 tenaga pengajar pakar bahasa Inggeris dari luar negara, termasuk United Kingdom dan Australia secara kontrak yang akan dibahagikan mengikut zon untuk membimbing guru bahasa Inggeris tempatan teknik pengajaran yang dapat membantu murid menguasai bahasa itu dengan lebih baik.

"Kita percaya dengan cara ini, walaupun kita tidak meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pembelajaran bahasa Inggeris akan lebih baik lagi," katanya.(BH:14.02.2010)

Isu PPSMI

CERAMAH dan Forum Bahasa Kebangsaan sempena genap setahun Gerakan mansuhkan PPSMI (GMP) melancarkan perarakan menyampaikan memorandum membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), akan diadakan pada 7 Mac ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Hassan Ahmad, berkata GMP akan memutuskan tempat berlangsungnya Ceramah dan Forum Bahasa Kebangsaan kemudian kerana perkara ini masih pada peringkat perbincangan.

“Mesyuarat Jawatankuasa GMP baru-baru ini berasa usaha ini perlu kerana bimbang dengan tindak-tanduk sesetengah pihak yang masih mendokong dasar penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, sekali gus menolak fungsi bahasa Melayu dalam dalam sistem pendidikan,” katanya pada sidang media di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

GMP berharap majlis itu dapat mengukuhkan dasar penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pelajaran kebangsaan selain menolak segala kepercayaan, pandangan dan teori salah yang masih diperjuangkan segelintir pihak penyokong PPSMI.

"Kami tidak mahu pandangan dan kepercayaan salah bersifat peribadi ini mempengaruhi pembuat dasar pelajaran di negara ini. Justeru, GMP mengalu-alukan penyertaan kelompok ini untuk bersama-sama berbincang mengenainya pada majlis itu nanti," katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap penganjuran majlis berkenaan tidak mengundang sebarang persepsi negatif orang ramai kerana ia hanya sekadar majlis ilmu yang menekankan fungsi dan nilai kognitif budaya serta bahasa kebangsaan sebagai bahasa pendidikan rakyat Malaysia.

"Di sini, saya ingin menegaskan bahawa majlis ini bukan majlis politik beremosi yang disertai fanatik bahasa Melayu untuk menimbulkan masalah yang sudah selesai. Majlis ini memberi peluang kepada orang ramai berkongsi pendapat mengenai dasar pendidikan negara," tegasnya.

Tambahnya, GMP mensasarkan penyertaan masyarakat umum khususnya golongan profesional, ilmuwan, pendidik dan pelajar sebagai tanda sokongan mereka untuk mengembalikan dasar penggunaan bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan negara.

"Program yang berlangsung pada 7 Mac ini bakal diisi dengan beberapa ceramah dan forum mengenai dasar penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar Sains dan Metematik di sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi manakala lokasinya masih belum ditetapkan kerana ia masih dalam peringkat perbincangan," katanya. (BH:Feb.2010)