12 Julai 2010-SK. Langkabong Tongod: Cikgu Saiful Salag telah mula berkhidmat dalam Jabatan Pendidikan Sabah bermula pada tahun 1980. Beliau telah terlibat secara langsung dengan usaha-usaha membangunkan SK. Langkabong dari mula hinggalah pada tarikah persaraan wajibnya pada11 Julai 2010 (58 Tahun).SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
MISI SEKOLAH
SETIAP MURID DI SEKOLAH INI AKAN BERPELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ATAU SEKOLAH BERASRAMA PENUH BILA KELUAR DARI SEKOLAH INI.
MURID MEMPUNYAI DAYA SAING YANG TINGGI UNTUK MENJULANG KEJAYAAN KENDIRI.
MEMPUNYAI SISTEM PEMBELAJARAN MASTERI DAN KOLEKTIF DALAM SETIAP MATA PELAJARAN.
VISI SEKOLAH
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Y.B. Tan Sri Hj Muhyiddin Bin Hj.Mohd.Yassin
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Y.Bhg Dato' Hj Alimuddin Bin Hj.Mohd Dom
PENGARAH PELAJARAN SABAH
Dr.Hj. Muhiddin Bin Yusin
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH TONGOD (TELUPID)
Jaiman Bin Lumak
GURU BESAR SK.LANGKABONG TONGOD(TELUPID)
Pn. Atianah Noemi Dalus
ORGANISASI SEKOLAH
Pn. Atianah N. Dalus (DGA34)
PK.KANAN 1
En. Iaps Guduh(DG41)
PK.KANAN HEM
En. Mark Joseph (DGA32)
PK.KANAN KOKUM
En. Nicholas Ponilau (DGA32)
DATA & MAKLUMAT
Ust. Mohd. Asri Bin Ishak (DG41)
GURU DISIPLIN
En. Welsone Taguah (DG41)
SU. PEPERIKSAAN
Pn. Mustinah Joseph (DGA29)
KETUA BIDANG B.INGGERIS
Cik Siti Khalijah Binti Zainol (DG41)
GURU PEMULIHAN
Pn. Sharmila Udok (DGA32)
P.SUMBER/PEMBANGUNAN
En. Abdul Bin Amit(DB1)
PENYELARAS JADUAL INDUK
Cik. Idaryani Sendreng(DG41)
PENYELARAS Tahun 6
Pn. Magretta Mathew(DGA29)
PENYELARAS RIMUP
En. Witron Saron(DG41)
KETUA BIDANG SAINS
En. Leifrey Onsol
PENYELARAS BANTUAN YS
En. Michael Tamoi(DG29)
PENYELARAS KELAB CATUR SK
En. Matius Joling (DG29)
PEM.TADBIR KEWANGAN
Pn. Sarapia Binti Sinaining(N17)
PEM.PENGURUSAN MURID
Pn. Rosneza@Anita Binti Mohirin(N17)
PEM. TADBIR AM
En. Lusais Franchis (N1)
KGSK
Pn. Dee Arzuna Lusais
Cik. Grace Vusuman
Pn. Rozana Lusais
KEBERSIHAN
Pn. Pauline Laiusin
Pn.Jamstia Siga
Pn. Malinah Sabi
Pn. Noridah Saradin
KESELAMATAN
En. Ambri Abdul
Pn.Martinah Saradin
En. Lotiaam Until
Pn. Rosma Sabi
STAF BERPINDAH DALAM TAHUN 2009
PERTUKARAN DALAM DAERAH: En.Laikan Saradin : Telah Berpindah Ke SK. Menanam Tongod
PERTUKARAN ANTARA DAERAH: Pn. Azliah Binti Aliasmat : Berpindah Ke SK. Pekan Sipitang
RAKAN SEKOLAH
- SK. PEKAN BELURAN
- SK.KAMPONG SADEK KEDAH
- SK.SG. ANIB 3 SANDAKAN
- SK.KOLAPIS BELURAN
- SK.OBAH BELURAN
- SK.PATIKANG LAUT K'GAU
- SK.PEKAN KENINGAU
- SK.PEKAN PAPAR
- SK.TUARID TAUD KENINGAU
- SK.KAWAKAAN SOOK KGU
- SK.PENAGATAN KENINGAU
- SK.RAGKAM TAMBUNAN
- SMK PENANGAH TONGOD
- SK.INARAD TONGOD
- SK.PEKAN TELUPID
- SK.LADANG SANDAK SDKAN
- SK.KG BAHAGIA SANDAKAN
- SK.SG. ANIB 2 SANDAKAN
- SJK.CHENGMIN SANDAKAN
- SK.SG.NANGKA BELURAN
- SK.TETABUAN BELURAN
- SK.MUHIBBAH SANDAKAN
- SK.KIRONGGU TONGOD
JADIKAN SETIAP HARI ANDA BERMAKNA
PIPP 2006-2010
SELAMAT KEMBALI BERTUGAS BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2010
JASAMU DIKENANG
12 Julai 2010-SK. Langkabong Tongod: Cikgu Saiful Salag telah mula berkhidmat dalam Jabatan Pendidikan Sabah bermula pada tahun 1980. Beliau telah terlibat secara langsung dengan usaha-usaha membangunkan SK. Langkabong dari mula hinggalah pada tarikah persaraan wajibnya pada11 Julai 2010 (58 Tahun).Posted by SK. Langkabong Tongod (Telupid) at 4:44 AM 0 comments
AKTIVITI PERTAMA PERSATUAN PENGAKAP SKLG
SKLG 5-7 Mac 2010:Persatuan pengakap SKLG mendahului persatuan-persatuan KOKUM lain di SKLG apabila berjaya mengadakan perkhemahan pertama peringkat sekolah. 
Perkhemahan ini telah dijayakan oleh guru-guru pemimpin pengakap SKLG iaitu Ust.Asri Ishak, En. Iap Guduh, Puan Mustinah Joseph dan Cik Idaryani Sendreng.
Walaupun berlangsung dalam suasana yang amat sederhana namun perkhemahan ini cukup bererti kepada ahli pengakap di sekolah ini memandangkan semua ahli belum pernah mengikuti aktiviti seumpama ini sebelumnya.Posted by SK. Langkabong Tongod (Telupid) at 12:49 AM 0 comments
Berita Pendidikan Terkini
Memperkasa BI Tahun 1-Kurikulum 'fun learning' diperkenal 2011 mantap penguasaan murid
JERTIH: Kerajaan akan memperkenalkan kurikulum baru bahasa Inggeris kepada murid Tahun Satu mulai tahun depan dalam usaha memperkasakan penguasaan bahasa itu di kalangan murid di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, melalui kurikulum baru itu, murid sekolah akan mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris yang lebih menarik dengan pendekatan sesuai yang memberi penekanan terhadap aspek penguasaan bertutur dan menulis dalam bahasa itu.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kurikulum baru itu sudah siap diteliti dan satu projek perintis yang dijalankan menggunakan pendekatannya menunjukkan hasil yang sangat baik.
"Kita mahu melihat anak-anak kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi melalui pendekatan yang lebih sesuai ini.
"Perubahan pada bentuk atau formula yang ringkas seperti 'language art' atau komponen tatabahasa, tetapi dibuat secara 'fun learning' dan bertutur menggunakan nahu betul supaya kita kuasai bahasa Inggeris British yang standard," katanya.
"Kita percaya dengan cara ini, walaupun kita tidak meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pembelajaran bahasa Inggeris akan lebih baik lagi," katanya.(BH:14.02.2010)
Isu PPSMI
CERAMAH dan Forum Bahasa Kebangsaan sempena genap setahun Gerakan mansuhkan PPSMI (GMP) melancarkan perarakan menyampaikan memorandum membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), akan diadakan pada 7 Mac ini.
Pengerusinya, Datuk Dr Hassan Ahmad, berkata GMP akan memutuskan tempat berlangsungnya Ceramah dan Forum Bahasa Kebangsaan kemudian kerana perkara ini masih pada peringkat perbincangan.
“Mesyuarat Jawatankuasa GMP baru-baru ini berasa usaha ini perlu kerana bimbang dengan tindak-tanduk sesetengah pihak yang masih mendokong dasar penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, sekali gus menolak fungsi bahasa Melayu dalam dalam sistem pendidikan,” katanya pada sidang media di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
"Kami tidak mahu pandangan dan kepercayaan salah bersifat peribadi ini mempengaruhi pembuat dasar pelajaran di negara ini. Justeru, GMP mengalu-alukan penyertaan kelompok ini untuk bersama-sama berbincang mengenainya pada majlis itu nanti," katanya.
Bagaimanapun, beliau berharap penganjuran majlis berkenaan tidak mengundang sebarang persepsi negatif orang ramai kerana ia hanya sekadar majlis ilmu yang menekankan fungsi dan nilai kognitif budaya serta bahasa kebangsaan sebagai bahasa pendidikan rakyat Malaysia.
Tambahnya, GMP mensasarkan penyertaan masyarakat umum khususnya golongan profesional, ilmuwan, pendidik dan pelajar sebagai tanda sokongan mereka untuk mengembalikan dasar penggunaan bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan negara.
"Program yang berlangsung pada 7 Mac ini bakal diisi dengan beberapa ceramah dan forum mengenai dasar penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar Sains dan Metematik di sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi manakala lokasinya masih belum ditetapkan kerana ia masih dalam peringkat perbincangan," katanya. (BH:Feb.2010)












